Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Melabur Pada OYO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Melabur Pada OYO


OYO merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda mencari hotel pada harga kompetitif, dan menikmati pengalaman yang selari dibawah hotel-hotel bajet rangkaian Oyo.

Syarikat yang berasal dari India berkenaan sedia beroperasi di pelbagai negara, termasuk di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan, pelbagai hotel bajet tempatan telah menerima nafas baharu dibawah rangkaian Oyo ini.

Apa pun, disebabkan oleh pandemik dan perintah kawalan pergerakan, ia memberikan impak tinggi terhadap perniagaan Oyo.

Terbaru, agak mengejutkan, ia dikatakan Microsoft dalam perbincangan untuk melabur pada Oyo. Syarikat yang terkesan ini, telah sedia mengurangkan angka pekerja mereka pada peringkat global, dan pada masa yang sama pandemik ini telah mengurangkan nilai syarikat berkenaan.

Antara pelabur sedia ada Oyo adalah SoftBank dan juga pihak AirBnb.

Ia tidak diketahui apakah perancangan pihak Microsoft dengan melabur pada Oyo kelak. Mungkin ini salah satu kaedah Microsoft dalam mempelbagaikan portfolio mereka, dan mengintegrasikan sejumlah penawaran teknologi mereka ke pelbagai industri berbeza.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.