Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Memulakan Ujian Integrasi Edagang – Termasuk Penyenaraian Produk, Memudahkan Jual-Beli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Memulakan Ujian Integrasi Edagang – Termasuk Penyenaraian Produk, Memudahkan Jual-Beli


Twitter pada tahun ini agak aktif dalam integrasi sejumlah ciri baharu. Selepas menawarkan ciri buletin langganan emel, dan juga interaksi berasaskan audio, kini Twitter turut mula menguji ciri edagang pada platform mereka.

Dikenali sebagai Twitter Shopping, ia membolehkan sesuatu jenama menyenaraikan produk yang ditawarkan pada profil mereka – sekaligus membolehkan pengguna untuk terus mengetahui maklumat lanjut, dan melakukan pembelian tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, Twitter mengatakan ciri ini diuji di Amerika Syarikat sahaja, dan melibatkan pengguna Twitter di IOS.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna terus berinteraksi dengan jenama yang disukai mereka, seterusnya melakukan pembelian terus tanpa meninggalkan Twitter.

Selain Twitter, beberapa platform lain turut menawarkan ciri edagang terbina – seperti Facebook, Instagram dan TikTok. YouTube sebelum ini turut telah mengumumkan mereka akan memulakan ujian edagang pada platform mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.