Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umpan bawa bersiar-siar sebelum rogol wanita OKU, bekas tentera ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umpan bawa bersiar-siar sebelum rogol wanita OKU, bekas tentera ditahan


 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Azmir Damiri berkata, perlakuan jijik suspek terbongkar selepas mangsa wanita berusia 36 tahun itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan kepada kakaknya. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Mengumpan dengan membawa bersiar-siar, itulah taktik kotor yang dipercayai digunakan seorang bekas tentera sebelum merogol seorang wanita kurang upaya (OKU) lembam.

Perlakuan jijik terbongkar selepas mangsa wanita berusia 36 tahun itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan kepada kakaknya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd. Azmir Damiri berkata, berdasarkan keterangan kakak mangsa, wanita itu dipercayai telah keluar bersiar-siar dengan menaiki kereta bersama suspek berusia 37 tahun yang merupakan individu dikenalinya.

Menurut Mohd. Azmir, hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada bahagian kemaluan mangsa.

“Kakak mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu kelmarin sebelum polis menahan suspek kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi di rumahnya di daerah ini.

“Selepas membuat laporan polis, mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dekat sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya menurut laporan Kosmo.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 6 Julai untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.