Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redzuan lebih berminat kekal kuasa berbanding urus Covid-19, kata Ramkarpal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redzuan lebih berminat kekal kuasa berbanding urus Covid-19, kata Ramkarpal


 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mendakwa, niat sebenar Redzuan bukannya mahu menumpukan kepada masalah Covid-19 sebaliknya lebih kepada untuk mengekalkan kuasa.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Yusof yang menggesa supaya semua pemimpin memberi perhatian kepada usaha mendepani penularan Covid-19 dan bukan berpolitik.

Ramkarpal mendakwa, niat sebenar Redzuan bukannya mahu menumpukan kepada masalah Covid-19 sebaliknya lebih untuk mengekalkan kuasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin didakwa sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Bankrap idea, kenyataan Redzuan memang boleh dijangka. Beliau tidak berminat untuk menguruskan Covid-19. Beliau hanya berminat untuk kekal berkuasa,” katanya di Facebook.

Ramkarpal turut menjelaskan Perlembagaan Persekutuan mengatakan seseorang Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti layak dilantik menjadi Perdana Menteri, sebaliknya Muhyiddin telah hilang sokongan selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan Ahli Parlimen parti itu tidak lagi menyokong Presiden Bersatu berkenaan.

“Jelas ada keraguan sama ada Perdana Menteri masih mempunyai majoriti, selepas Presiden Umno mengumumkan sebilangan besar Ahli Parlimennya tidak lagi menyokong Perdana Menteri,” katanya.

“Berhentilah menggunakan Covid sebagai alasan untuk kekal berkuasa. Lebih 200 orang telah meninggal dunia hari ini. Tidakkah anda mempunyai hati nurani?”

Katanya, Redzuan juga tidak layak untuk bercakap soal Covid-19 kerana beliau berada dalam kerajaan yang tidak sah selepas Perdana Menteri hilang majoriti.

“Perdana Menteri mungkin tidak mempunyai majoriti, dan Perdana Menteri yang ada tidak sah, seterusnya kamu (Redzuan) juga menteri yang tidak sah,” katanya sambil mendesak supaya Redzuan menasihati Muhyiddin segera melakukan undi percaya di Parlimen.

Terdahulu Redzuan yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) meminta semua pemimpin, termasuk daripada Umno yang telah menerima mandat di bawah Kerajaan PN seharusnya menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka sebaik-baiknya dan bukan berpolitik.

Katanya, perhatian perlu diberikan kepada masalah utama negara iaitu penularan Covid-19 dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Wakil rakyat seharusnya mengutamakan kepentingan negara dalam soal pengurusan pandemik dan krisis ekonomi akibat Covid-19. Bila tiba musim pilihan raya umum barulah kita berpolitik,” kata Redzuan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.