Hi! Welcome Back and Stay Tune! EU Mencadangkan Penggunaan Pengecas USB-C Untuk Semua Peranti – Termasuk iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EU Mencadangkan Penggunaan Pengecas USB-C Untuk Semua Peranti – Termasuk iPhone


Kesatuan Eropah (EU) kini mencadangkan untuk semua pengeluar menggunakan pengecas USB-C untuk peranti elektronik – termasuk telefon pintar, tablet, kamera, fon kepala, speaker dan sebagainya.

Dengan langkah ini, ia akan memerlukan semua peranti yang dijual di negara-negara dibawah Kesatuan Eropah untuk menggunakan pengecas berasaskan USB-C.

Sejumlah besar peranti telah pun beralih kepada penggunaan USB-C sejak kebelakangan ini. Perubahan ini mungkin memberikan impak yang kecil untuk pengeluar telefon berasaskan Android, sebaliknya yang mungkin terkesan besar adalah Apple.

Apple masih menggunakan pengecas berasaskan Ligthning pada iPhone, sementara iPad dan MacBook telah beralih kepada berasaskan USB-C.

Langkah peralihan yang diumumkan oleh Kesatuan Eropah ini adalah sebagai usaha mengurangkan pembaziran dan juga pencemaran alam. Apple sendiri telah mula tidak menyertakan pengecas bersama pembelian iPhone, selain kini menggunakan rekaan kotak peranti tanpa balutan plastik dalam menjadikan penawaran mereka lebih mesra alam.

Buat masa ini, cadangan ini akan mengambil masa beberapa tahun sebelum diimplementasikan – termasuk dengan menerima pengesahan daripada negara-negara dibawah Kesatuan Eropah, sebelum turut diberikan tempoh sekitar 24 bulan kepada pengeluar untuk adaptasi dan melaksanakannya.

Jadi, sekiranya semuanya berjalan lancar dan menerima sokongan mencukupi, kita mungkin melihat penawaran iPhone dengan USB-C pada masa akan datang.

iPhone Nirwayar

Namun, pada masa yang sama, Apple juga mungkin melihat kepada alternatif dengan penawaran iPhone tanpa sebarang port, dan memfokuskan kepada pengecasan berasaskan nirwayar – sekaligus mengatasi keperluan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.