Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua kontinjen negara bertemu rakan sejawat Ukraine, mohon maaf - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua kontinjen negara bertemu rakan sejawat Ukraine, mohon maaf


 

Megat D Shahriman Zaharudin memberi penjelasan reaksi negatif rakyat negara ini berpunca daripada kekecewaan, selain fanatik menyatakan sokongan terhadap atlet bertanding di bawah Jalur Gemilang. (Gambar Facebook MPM Malaysia)

PETALING JAYA: Ketua kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2020 Megat D Shahriman Zaharudin, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Olena Zaitseva, di Tokyo hari ini, sebagai tanda permohonan maaf bagi seluruh rakyat Malaysia.

Tindakannya itu susulan insiden kecaman terhadap atlet negara berkenaan, Maksym Koval, yang memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20.

Koval menerima kecaman hebat daripada warganet tanah air selepas jaguh negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94m dan sepatutnya memenangi emas.

Namun, kemenangan dan rekod berkenaan terpaksa dibatalkan susulan kem Ukraine membuat bantahan atas kelewatan memasuki bilik menunggu.

“Saya menjelaskan kepada beliau bahawa reaksi negatif daripada rakyat Malaysia ini berpunca daripada kekecewaan kita terhadap keputusan yang tidak menyebelahi Ziyad, selain fanatik dalam menyatakan sokongan padu terhadap mana-mana atlet yang bertanding di bawah semangat Jalur Gemilang.

“Lebih-lebih lagi insiden penarikan semula pingat emas ini terjadi pada hari kita di Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 pada tanggal 31 Ogos lalu.

“Selaku ketua kontinjen Malaysia, saya mengakui bahawa saya turut terkilan apabila mendapat keputusan bahawa penyertaan Ziyad dibatalkan kerana kesilapan teknikal.

“Saya percaya insiden ini telah memberi pengajaran bukan saja kepada saya, bahkan kepada seluruh penggiat sukan bahawasanya masa itu adalah emas, dan masa juga boleh menyebabkan kita kehilangan pingat emas yang sangat berharga.

“Dalam pertemuan singkat itu, saya yang ditemani Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sudah berhubung dengan ketua kontinjen Ukraine bagi meleraikan kekusutan termasuk berjanji untuk mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Ukraine.

“Olena Zaitseva turut memberi jaminan akan menyampaikan mesej permohonan maaf daripada kita buat seluruh rakyat Ukraine. Beliau mengakui kerajaan Ukraine turut kesal dengan insiden yang terjadi.

“Saya berharap dengan tindakan ini dapat meredakan keadaan demi menjaga nama baik Malaysia. Saya sekali lagi berharap kita semua dapat mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi dan hubungan baik secara profesional, dan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran supaya ianya tidak berulang lagi di masa depan,” katanya memetik laporan Berita Harian. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.