Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasukan MySejahtera Menyelesaikan Lebih 500,000 Masalah Berkaitan Sijil Digital Dalam Tempoh Seminggu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasukan MySejahtera Menyelesaikan Lebih 500,000 Masalah Berkaitan Sijil Digital Dalam Tempoh Seminggu


Pada minggu lepas, Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan Malaysia) telah memberikan tempoh masa seminggu kepada pasukan MySejahtera dalam menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan sijil digital. Lanjutan daripadanya, kini Khairy Jamaluddin mengumumkan sebanyak 500,000 masalah berkaitan sijil digital telah diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Menurut beliau, terdapat berbaki 200,000 aduan lagi berkaitan masalah sama, dan dijangka akan diselesaikan dalam masa terdekat ini. KJ turut meminta pasukan MySejahtera untuk sentiasa memantau laman sosial, dan menyelesaikan masalah pengguna serta-merta secepat mungkin.

MySejahtera CheckIn

Melalui apa yang dikenal pasti, terdapat beberapa perkara yang membawa kepada masalah paparan sijil digital pada aplikasi MySejahtera, dan antaranya adalah disebabkan status penerima yang dilabelkan sebagai “tanggungan”, pengguna yang masih tidak mengesahkan nombor MyKad pada aplikasi MySejahtera, selain akaun MySejahtera sama yang digunakan pada lebih daripada satu peranti.

Selain itu, terdapat juga masalah paparan hadir kerana terdapat PPV yang tidak menyelesaikan proses dokumentasi sesetengah individu selepas penyelesaian vaksin.

Buat mereka yang menghadapi masalah, anda diminta menghubungi pihak MySejahtera melalui Helpdesk, selain mana menggunakan kad vaksin digital buat sementara waktu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.