Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Lamborghini hilang kawalan, rempuh Proton Perdana hingga terbalik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Lamborghini hilang kawalan, rempuh Proton Perdana hingga terbalik


 

Keadaan kereta yang terbalik selepas dirempuh Lamborghini berkenaan dalam kejadian yang berlaku pagi tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemandu Lamborghini hilang kawalan lalu merempuh sebuah Proton Perdana menyebabkannya terbalik dan melanggar beberapa kenderaan lain, dalam kejadian di Jalan Tun Razak pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian pada 8.40 pagi itu berlaku selepas pemandu kereta mewah berkenaan yang menghala ke Bulatan Pahang dari arah KLIA, gagal mengawal kenderaannya ketika tiba di deretan kereta dalam kesesakan lalu lintas.

Katanya, kesemua pemandu kereta terlibat mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Lelaki tempatan berusia 42 tahun itu telah gagal mengawal kenderaan dan melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun, menyebabkan kenderaannya terbalik.

“Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya. Antara kenderaan terlibat ialah Mazda, Nissan Serena, Ford Ranger,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan akan diteruskan sekiranya terdapat kenderaan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan, manakala hasil ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut adalah negatif.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.