Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Sedang Melihat Utuk Menyertakan Ciri Kesihatan Pada AirPods - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Sedang Melihat Utuk Menyertakan Ciri Kesihatan Pada AirPods


Apple pada hari ini sedia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri kesihatan pada Apple Watch. Selain daripada itu, kini Apple turut dilaporkan sedang melihat untuk membawa ciri-ciri memfokuskan kesihatan melalui penggunaan Apple AirPods.

Mengikut laporan WSJ, Apple dikatakan mungkin menggunakannya sebagai alat bantu mendengar, atau turut menyertakan sensor dalam memantau postur badan, atau mungkin juga menyertakan termometer dalam memantau suhu badan.

Buat masa ini, perbincangan mengenainya masih pada peringkat awal. Sejumlah perkara perlu dilihat sebelum dapat menjayakannya, termasuk dari segi teknikal mahupun dari segi pengenalan ciri yang mungkin memerlukan kebenaran pihak berkuasa.

Dengan fokus pihak Apple terhadap kesihatan, sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan dan integrasi ciri yang bakal diperkenalkan Apple dalam tahun-tahun akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.