Poco Akan Memfokuskan Produk Ekosistem Pada 2022
Pada hari ini, pelbagai syarikat sedia memfokuskan dalam membangunkan ekosistem disebalik jenama masing-masing – sekaligus membuatkan pengguna kekal setia dengan produk dan perkhidmatan mereka untuk tempoh masa lama.
Antara jenama yang menawarkan sejumlah produk dibawah jenama mereka adalah Samsung, Xiaomi dan juga Apple. Pada tahun ini, kita turut melihat Realme turut mengikut langkah sama dan memperkenalkan sejumlah produk dibawah ekosistem mereka – termasuk sarung jari.
Terkini, pihak Poco melalui temuramah bersama AndroidAuthority turut mengatakan mereka akan memfokuskan dalam membangunkan ekosistem Poco pada 2022 kelak.
Buat masa ini, Poco masih tidak berkongsi apakah produk pertama dibawah ekosistem berkenaan. Poco mengatakan mereka akan kekal kepada objektif produk dan jenama mereka dalam memperluaskan penawaran kepada pengguna.
Mungkinkah kita akan melihat jam tangan, atau fon telinga, atau televisyen Poco pada tahun 2022 kelak?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment