Hi! Welcome Back and Stay Tune! XOX Hadir Dengan Pelan B54DB – 8GB + 40GB DB, Panggilan Tanpa Had, RM49 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

XOX Hadir Dengan Pelan B54DB – 8GB + 40GB DB, Panggilan Tanpa Had, RM49 Sebulan


XOX kini hadir dengan sebuah lagi pelan baharu, dinamakan sebagai B54DB. XOX kategorikan pelan baharu ini dibawah penawaran BLACK Data Buffet.

Pelan B54DB ini hadir dengan penawaran data sebanyak 8GB, dan turut menawarkan penambahan data tambahan 4 kali sebanyak 10GB, sekaligus mmenawarkan jumlah tambahan data melalui Data Buffet sebanyak 40GB.

Apa pun, pengguna ditawarkan kelajuan tanpa had untuk data asas 8GB, dan penambahan 10GB pertama. Sebaliknya, penambahan kedua dan seterusnya akan dihadkan kepada 3Mbps.

Ini sekaligus membawa kepada penawaran data berkelajuan penuh sebanyak 18GB, dan 30GB data berkelajuan 3Mbps.

XOX melalui halaman FAQ menyatakan data tambahan akan diberikan secara automatik apabila data pada pelan pengguna jatuh dibawah kuota 2GB.

Selain penawaran data, XOX turut menawarkan panggilan tanpa had, dan 100 SMS melalui langganan pelan ini.

Untuk tiga bulan pertama bersempena pengenalan pelan ini – sehingga 21 Januari 2022, pelan ini ditawarkan pada harga RM49. Harga akan berubah kepada RM54 selepas tempoh promosi ini tamat. Baca penuh laman FAQ XOX dan Terma sebelum membuat langganan, dan memahami bagaimana pelan ini beroperasi sepenuhnya.

(Tips daripada Amirudin)



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.