Apple Umum Program Baik-Pulih Kendiri – Membolehkan Anda Baiki iPhone Sendiri Di Rumah
Apple hari ini mengumumkan program baik-pulih sendiri, dinamakan Self Service Repair. Melaluinya, ia akan membolehkan orang ramai membeli komponen untuk produk Apple, dan seterusnya melakukan baik-pulih di rumah secara sendiri.
Apple juga mengatakan akan menawarkan buku panduan untuk baik-pulih secara atas-talian, selain menawarkan peralatan untuk membaik-pulih pada harga yang sama dibayar oleh para jurutera dan juruteknik yang berdaftar.
Apa pun, bagi anda yang tidak selesa untuk melakukan sendiri, anda masih boleh membawanya kepada kedai atau juruteknik terdekat dalam membaik-pulih peranti anda.
Apple akan memulakan program ini dengan pengenalan untuk iPhone 12 dan juga iPhone 13, bermula daripada Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke negara-negara lain.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment