Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ciri Menghalang Penjejakan Pengiklanan Apple Mengakibatkan Facebook, YouTube, Twitter dan Snap Kerugian RM40 Bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ciri Menghalang Penjejakan Pengiklanan Apple Mengakibatkan Facebook, YouTube, Twitter dan Snap Kerugian RM40 Bilion


Ciri App Tracking Tranparency (ATT) yang diperkenalkan Apple menerusi iOS 14.5 pada April yang lalu adalah bagi menghalang aktiviti pengguna dijejak bagi tujuan pengiklanan. Sejurus selepas ia diumumkan, Facebook pantas mengatakan ia adalah tindakan yang akan merugikan syarikat-syarikat kecil yang menggunakan sistem pengiklanan mereka untuk mempromosikan perniagaan. Menurut laporan Financial Times yang menggunakan data yang diterbitkan oleh firma kajian pengiklanan Lotame, impak ATT kepada syarikat besa sebenarnya lebih besar.

Apple penjejakan iklan

Dianggarkan Facebook, YouTube, Twitter dan Snap kehilangan $9.85 bilion (~RM40.85 bilion) pendapatan disebabkan oleh ATT sepanjang separuh tahun kedua 2021. Secara purata empat syarikat besar ini mengalami penyusutan 12% pendapatan pengiklanan. Sungguhpun begitu wujud juga pendapat anggaran Lotame ini sebenarnya agak rendah dengan wujud juga anggaran Facebook sahaja mengalami pengurangan pendapatan sekitar $8 bilion (~RM33) dalam tempoh yang sama.

Pendapatan sudahpun terjejas teruk walaupun ini hanya melibatkan pengguna ekosistem Apple. Google ingin memperkenalkan ciri seakan ATT pada Android kelak. Ini pastinya akan menjejaskan lagi pendapatan syarikat teknologi.

Mungkin sekiranya ini berlaku, era perkhidmatan “percuma” yang dibayar menggunakan data pengguna akan berakhir digantikan dengan perkhidmatan berbayar sahaja. Adakah anda bersedia untuk melanggan kepada perkhidmatan atas talian? Ini sudahpun berlaku di YouTube dan Twitter. Adakah privasi lebih penting kepada anda daripada membayar langganan bulanan?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.