Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fairphone 2 Ialah Telefon Pintar Pertama Menerima Kemaskini Android Selama Tujuh Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fairphone 2 Ialah Telefon Pintar Pertama Menerima Kemaskini Android Selama Tujuh Tahun


Fariphone 2 dilancarkan enam tahun lalu sebagai peranti yang paling adil kepada pekerja dan juga alam sekitar. Pengeluar menjanjikan peranti akan disokong selama mungkin bagi mengurangkan pencemaran elektronik dan turut menawarkan alat ganti apabila perlu.

Kini Fairphone 2 secara rasmi akan menjadi telefon pintar pertama menerima sokongan sistem operasi oleh pengeluar selama tujuh tahun selepas ia program Android 10 Beta diumumkan. Hanya awal tahun ini ia dikemaskini ke Android 9. Fairphone berharap kemas kini stabil Android 10 akan diberikan pada awal 2022.

Semasa dilancarkan pada Jun 2015, Fairphone 2 menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop. Apa yang dilakukan oleh Fairphone ini amatlah menakjubkan kerana Google sendiri hanya menyokong kemas kini sistem operasi Pixel 6 selama tiga tahun begitu juga dengan Samsung, Oppo, Xiaomi serta pengeluar lain yang lebih ternama. Masalah dengan Android ialah Qualcomm hanya menyokong cip keluaran mereka selama tiga tahun dan ini menghalang sokongan sistem operasi sebaik iOS.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.