Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Perdagangan A.S Menyenaraihitamkan NSO Group dan Firma Singapura Kerana Kesalahan Menggodam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Perdagangan A.S Menyenaraihitamkan NSO Group dan Firma Singapura Kerana Kesalahan Menggodam


NSO Group yang berpangkalan di Israel ialah salah satu dari empat syarikat yang kini disenaraihitamkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana menjual perisian yang kemudian digunakan oleh kerajaan untuk menggodam dan mengintip ahli politik, aktivis serta wartawan. Selain NSO Group firma Candiru juga dari Israel, Positive Technologies dari Rusia dan Computer Security Initiative Consultancy PTE LTD dari Singapura Singapore turut dimasukkan ke dalam senarai entiti yang sama.

Perisian hasad Pegasus buatan NSO Group mendapat perhatian dunia awal tahun ini apabila di senarai sasaran yang mengandungi nama ketua negara, ahli politik, aktivis dan wartawan. Ia turut telah digunakan untuk mengintip peranti yang dimiliki oleh Jamal Khashoggi yang kemudiannya disembelih oleh agen kerajaan Arab Saudi. Oleh sebab itu akses kepada Pegasus dihalang kepada Arab Saudi sebelum kerajaan Israel campur tangan untuk membenarkannya digunakan semula oleh badan risikan negara tersebut.

Selepas dimasukkan ke dalam senarai hitam ini, agensi serta syarikat dari A.S perlu mendapatkan kebenaran sebelum dibenarkan melakukan sebarang urusan menjual teknologi mereka. Status keeempat-empat syarikat ini adalah sama seperti Huawei Technologies Co, ZTE Corp, Hytera Communications Corp, Hangzhou Hikvision Digital Technology Co dan Zhejiang Dahua Technology Co yang dimasukkan ke dalam senarai entiti atas sebab keselamatan siber.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.