Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tak manis’ calon BN-PN bertembung, kata pengundi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tak manis’ calon BN-PN bertembung, kata pengundi


 

BN dan PN masing-masing mempertaruhkan 28 calon di semua kerusi DUN Melaka dalam pilihan raya negeri kali ini menyaksikan majoriti kawasan membabitkan pertembungan tiga penjuru.

ALOR GAJAH: Pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka kali ini mengundang kegelisahan sebahagian besar pengundi di negeri ini.

Baik pengundi BN mahupun PN, masing-masing tidak begitu menyukainya kerana ia boleh menyebabkan perpecahan undi dan merugikan orang Melayu.

Nor Ziana Hassan, 42, yang mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyuarakan kekecewaan kerana pertembungan ini masih berlaku seperti mana pilihan raya umum (PRU) lalu dan ia memberi gambaran yang kurang menyenangkan.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengundi terutama Bumiputera akan berbelah bahagi untuk mengundi calon bertanding.

“Dalam keadaan suasana politik tidak menentu, perebutan jawatan atau kuasa juga hanya akan merugikan rakyat,” katanya kepada FMT.

Manakala Suhaimi Yahya, 39, yang mengundi di DUN Ayer Limau pula berkata situasi itu hanya akan menguntungkan pihak lawan.

“Sepatutnya mereka (BN-PN) memikirkan perkara ini sejak awal lagi. Jika mereka boleh bekerjasama sebagai kerajaan pusat, mengapa tidak di peringkat negeri,” katanya.

Katanya, apa yang merisaukan ialah sekiranya pengundi enggan keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan keputusan bertanding sesama sendiri.

“Saya fikir kemungkinan ada pengundi berbelah bahagi dan ada juga mereka terikut-ikut ajakan rakan atau sesiapa sahaja untuk mengundi calon yang bukan pilihan mereka.

“Cuma kami di negeri ini berharap walaupun ada perkara yang tidak disenangi antara PN dan BN, nasib rakyat perlu dibela,” katanya.

Seorang lagi pengundi, Noraini Abd Karim, 48, berkata situasi itu dilihat “tidak manis” di kalangan pengundi lain.

“Keputusan PRU lalu sudah cukup ‘menakutkan’ kerana banyak kerusi Melayu terlepas akibat persaingan sesama sendiri. Kami berharap apa yang berlaku di Melaka mampu menyedarkan mereka. Fikir-fikirkanlah sebelum membuat keputusan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.