Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tamatkan sarapan percuma mampu elak ketirisan, kata kumpulan ibu bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tamatkan sarapan percuma mampu elak ketirisan, kata kumpulan ibu bapa


 

Dengan sistem penebusan kupon yang dilaksanakan dalam program RMT, lebihan wang yang ada boleh disalur kembali untuk menaik taraf prasarana sekolah, kata wakil kumpulan ibu bapa.

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan pusat menamatkan program sarapan percuma dan meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid B40 mampu mengelakkan ketirisan dana yang tidak terkawal, kata kumpulan penggerak ibu bapa.

Menyokong tindakan itu, wakil Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Swasta (KPIBKS), Faizal Mohammad Arshad berkata program RMT dilihat lebih berjaya kerana mampu mengelakkan pembaziran, dengan hanya mengutamakan murid yang benar-benar memerlukan bantuan sarapan.

“RMT lebih baik kerana kita dahulukan kepada mereka yang memerlukan, jika berikan kepada semua murid, kita dapati murid berkemampuan tidak ambil bantuan itu dan berlaku pembaziran.

“Jadi, wajar kita beri perhatian lebih kepada murid memerlukan yang mana setiap sekolah ada data latar belakang pendapatan ibu bapa untuk kita kenal pasti murid yang asnaf atau keluarga M40 yang terkesan, kita juga boleh berikan bantuan (makanan percuma),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, dengan sistem penebusan kupon yang dilaksanakan dalam program RMT, lebihan wang yang ada boleh disalurkan kembali untuk menaik taraf prasarana sekolah contohnya ruang perpustakaan.

“Sistem kupon di mana kantin akan tebus kepada sekolah itu lebih baik untuk elak pembaziran, bayangkan berapa ribu sekolah dalam negara dan berapa ramai murid?

“Hapuskan sarapan kepada semua murid wajar kerana wang lebihan boleh digunakan untuk naik taraf prasarana sekolah yang kita boleh gunakan untuk kebaikan murid,” katanya.

Dalam jawapan bertulis bertarikh 15 Nov, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 15 Jan tahun lalu memutuskan untuk tidak meneruskan program sarapan percuma.

Sebaliknya, beliau berkata, KPM akan meneruskan pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) bagi murid B40.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik yang juga Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan antara pemimpin yang tegas membantah keputusan kerajaan itu.

Program sarapan percuma dilaksanakan pada sesi persekolahan 2020 oleh Maszlee untuk semua murid sekolah rendah tidak kira latar ekonomi.

Faizal kemudian mengkritik tindakan Maszlee dengan menegaskan wakil rakyat Bebas pro Pakatan Harapan itu tidak perlu mempolitikkan sistem pendidikan.

“Mana yang baik perlu disokong, pendidikan perlu neutral. Jangan libatkan politik dengan institusi pendidikan,” tegasnya.

Sementara itu, pakar pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Anuar Ahmad pula menyifatkan tindakan berkenaan “tidak kena pada masanya” kerana ramai keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ia menyebabkan ada di antara mereka sukar menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak, katanya.

“Memang tanggungjawab ibu bapa sediakan sarapan untuk anak-anak tetapi kita tahu disebabkan pandemik dan kenaikan harga barang, ramai ibu bapa tiada pendapatan yang baik, malah hampir separuh M40 sudah menjadi B40 menyebabkan ada golongan baru iaitu B60…mereka ini ramai dan kalau kita lihat saiz anak juga ramai.

“Kita tahu kerajaan ada kekangan dan batasan dari segi kewangan tetapi dengan menafikan terus dengan tidak menyediakan sarapan atau makanan berkhasiat kepada anak-anak kecil ketika ini adalah tindakan menyedihkan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.