Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Blue Dilancarkan Di Amerika Syarikat Dan New Zealand Pula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Blue Dilancarkan Di Amerika Syarikat Dan New Zealand Pula


Perkhidmatan langganan Twitter Blue kini dikembangkan pula ke Amerika Syarikat dan New Zealand pula selepas sebelum ini hanya diberikan kepada pengguna di Kanada dan Australia. Dengan langganan bulanan Twitter Blue, pelanggan diberikan beberapa ciri menarik untuk digunakan.

Antaranya ialah ciri Undo yang menarik semula ciapan yang sedang dihantar serta pentas melihat ciapan terlebih dahulu sebelum dihantar. Pelanggan juga boleh membaca artikel dari The Washington Post, L.A. Times, USA TODAY, The Atlantic, Reuters, The Daily Beast, Rolling Stone, BuzzFeed, Insider dan The Hollywood Reporter tanpa sebarang iklan apabila pautan ditekan pada susur masa Twitter.

Selain itu pelanggan turut boleh mengkustomasi butang pintasan pantas pada aplikasi Twitter, menghantar video sehingga 10 minit, dan Reader yang mengubah ciapan dalam bebenang panjang menjadi satu perenggan yang lebih mudah dibaca. Twitter Blue boleh dilanggan dengan bayaran $2.99 / NZ$ 4.49 sebulan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.