Cip Apple M Dilaporkan Akan Dilancarkan Setiap 18 Bulan – Siri Apple M2 Adalah 4nm
Cip Apple Silicon telah membuatkan industri cip pemprosesan seperti AMD, Intel ataupun Qualcomm takut. Apple telah buktikan cip siri Apple M mereka cukup berkuasa dan berkali ganda berkuasa daripada cip yang dihasilkan oleh pesaing melalui – Apple M1, Apple M1 Pro dan juga Apple M1 Max.
Laporan terkini dari Taiwan, Commercial Times melaporkan yang Apple akan melancarkan cip Apple M baharu setiap 18 bulan. Sekitar pertengahan kedua 2022 cip Apple M2 dengan kod nama Staten akan dilancarkan. Kemudian pada pertengahan pertama 2023 cip dengan kod nama Rhodes mewakili Apple M2 Pro dan Apple M2 Max pula akan dilancarkan.
Siri Apple M2 dilaporkan akan menggunakan binaan 4nm. Kemudian selepas 18 bulan lagi, siri Apple M3 pula akan diperkenalkan dengan binaan 3nm. Di sini kita boleh lihat yang Apple benar-benar serius dengan Apple Silicon mereka dan masa hadapan untuk produk seperti iPad Pro, MacBook, iMac, dan mana tahu nanti Mac Pro juga akan ada variasi Apple M?
Cip ini terlampau berkuasa, sehinggakan pada hemat kami MacBook Air M1 yang ada di pejabat pun sudah overkill untuk kerja-kerja penulisan dan suntingan di Photoshop. Apatah lagi dengan generasi yang akan datang?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment