Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mercedes Menerima Kelulusan Sistem Swapandu Tahap 3 Pertama Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mercedes Menerima Kelulusan Sistem Swapandu Tahap 3 Pertama Dunia


Sistem swapandu yang digunakan pada kenderaan paling canggih di dunia pada waktu ini masih lagi di Tahap 2. Semasa sistem swapandu digunakan, tangan pemandu harus sentiasa diletakkan di stereng sebagai langkah keselamatan sekiranya pemanduan manual perlu dilakukan. Kini Mercedes Benz menjadi syarikat pertama dunia yang menerima kelulusan swapandu Tahap 3 pada kereta yang membolehkan sistem digunakan tanpa tangan pemandu di stereng.

Kelulusan dibenarkan untuk penggunaan sistem swapandu Drive Pilot di atas Autobahn pada kelajuan maksimum 60 kilometer sejam. Selain memastikan kenderaan dapat memandu di lorong yang betul, Drive Pilot juga boleh mengelak dari kemalangan berlaku menurut Mercedes. Sistem ini akan diberikan kepada kenderaan baharu Mercedes S-Class yang dilancarkan pada separuh tahun pertama 2022.

Sistem pemanduna Tahap 3 bukanlah teknologi baharu dan sebenarnya telah digunakan oleh pelbagai syarikat seperti WayMo. Tetapi kelulusan yang diterima oleh Mercedes untuk ia digunakan pada kenderaan yang dijual kepada orang awam menjadikan situasi ini unik. Kita semakin hampir kepada dunia swapandu dan adakah ini bermakna kemalangan akibat kelalaian manusia akan kelak berjaya dihapuskan?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.