OnePlus Turut Membatalkan Kehadiran Fizikal Ke CES 2022
Dengan penularan kembali wabak Covid-19 variasi Omicron, pelbagai syarikat mula kembali berkira-kira untuk kehadiran secara fizikal ke acara-acara jerayawara dan juga bersemuka.
Acara tahunan CES 2022 menjadi medan ujian pertama untuk tahun 2022, apabila kini memperlihatkan ramai jenama-jenama besar membatalkan kehadiran dalam menjaga kesejahteraan pekerja dan juga pengunjung.
Terbaru, OnePlus turut mengumumkan mereka tidak akan hadir ke acara CES 2022 secara fizikal. Selain OnePlus, hari ini sahaja AMD dan MSI turut membatalkan penyertaan ke CES 2022 secara fizikal.
Dengan pembatalan ini, ia kini menjadi tanda tanya kembali berkaitan bilakah OnePlus akan memperkenalkan OnePlus 10 terbaru mereka yang disasarkan pada Januari 2022 ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment