Realme GT 2 Pro Akan Menggunakan Kamera 50MP Sony IMX766
Siri Realme GT 2 bakal dilancarkan pada 4 Januari hadapan. Rekaan dan spesifikasi peranti juga telah mula diperlihatkan dalam beberapa laporan lepas. Ia juga dijangka hadir dalam beberapa variasi model berbeza bersama kemasan baharu yang lebih terkini menerusi penampilan lebih segar.
Terbaharu, informasi mengenai konfigurasi kamera pula telah dikongsi menerusi poster acah terkini. Ia menunjukkan Realme GT 2 Pro akan dibekalkan sensor utama sebesar 50MP Sony IMX766 dengan sokongan OIS. Turut melengkapinya adalah kamera ultra-lebar dengan darjah pandang mencapai 150 darjah yang diumumkan sewaktu acara khas, baru-baru ini. Ia juga dijangka menyokong kebolehan sistem kamera seakan mikroskop yang terdapat pada Oppo Find X3 Pro sebelum ini. Kemudian, lensa ketiga pula besar kemungkinan adalah 2-Megapixel.
Bercakap lebih lanjut mengenai peranti, Realme GT2 Pro kelak akan dilengkapi skrin LTPO AMOLED beresolusi 2K, kadar segar semula 120Hz dan HDR 10+. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak untuk penawaran lebih lanjut termasuklah penawaran harga rasmi.
Sumber : Weibo
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment