“Rusuk Emas” Terjual Pada Harga Melangkaui RM50k – Karya Seni Gabungan Fizikal Dan NFT
“Rusuk Emas” nukilan Sue Anna Joe kini mencatatkan sejarahnya tersendiri, apabila hari ini ia terjual pada harga 22BNB iaitu sekitar RM52k mengikut kadar tukaran semasa, melalui laman Pentas.
Berbeza dengan karya NFT yang lain, untuk “Rusuk Emas”, Sue Anna Joe menawarkan ia dalam bentuk fizikal, selain secara NFT. Karya lukisan berkenaan menggunakan teknik akrilik abstrak. Ia telah disenaraikan di laman Pentas sejak 30 November 2021 lepas, dan akhirnya terjual pada harga 12 Disember 2021 ini.
Apa yang agak menariknya adalah dimana “Rusuk Emas” telah ditawarkan pada harga RM300 sekitar Mac 2021 lepas, dan dengan integrasi secara NFT dan laman seperti Pentas membolehkan karya berkenaan mencapai lebih ramai pembeli, dan kini mencapai harga jualan RM52k – berkali ganda berbanding harga jualan asalnya beberapa bulan lepas.
Dengan perkembangan terbaru ini, kita mungkin melihat karya-karya berharga lebih tinggi terjual di Pentas. Sebelum ini, karya “Sang Saka” yang ditawarkan secara digital sepenuhnya telah terjual pada nilai 20BNB, iaitu sekitar RM45,000 ketika itu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment