Saman Kelompok Difailkan Ke Atas Apple Kerana Isu Skrin Apple Watch Yang Pecah
Sekumpulan pemilik Apple Watch memfailkan saman kelompok ke atas Apple kerana isu skrin jam tangan pintar yang pecah. Mereka mendakwa isu yang berlaku sejak Apple Watch Generasi pertama sehingga Apple Watch SE ini disebabkan oleh bateri Li-ion yang mengembung. Akibatnya skrin tercabut dan dalam kes lebih serius pecah sehingga menyebabkan tangan pemakai tercedera.
Ini bukan kali pertama Apple disaman kerana isu skrin Apple Watch. Dua kes sebelum ini telah ditolak oleh mahkamah atau kes tidak diteruskan oleh plaintif tanpa memberikan sebab. Namun begitu di kalangan pengguna Apple Watch, isu bateri menggelembung pada jam tangan pintar yang agak berusia kerap kami kami lihat di forum. Nilai saman kelompok tidak ditetapkan tetapi sekiranya dimenangi plaintif ganti rugi akan turut diterima semua pembeli Apple Watch di Amerika Syarikat.
Sumber Reuters
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment