Universiti Jepun Menemui Ubat Yang Berkesan Merawat Penyakit “Cabaran Baldi Ais”
Cabaran baldi ais tular pada tahun 2014 dengan ia dilakukan oleh selebriti, ahli politik, dan orang ramai dengan niat memberikan kesedaran orang ramai mengenai penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) yang turut dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig. ALC menyebabkan kemerosotan neuron sehingga akhirnya pesakit tidak boleh mengawal otot dan meninggal dunia. Penyakit ini tidak boleh dirawat sehinggalah hari ini.
Penyelidik dari Yamagata University di Jepun mengumumkan mereka berjaya membangunkan ubat untuk merawat ALS. Ubat tersebut sebenarnya dibangunkan untuk merawat Alzheimer tetapi didapati berjaya menghalang gumpalan protein yang menyebabkan kemerosotan neuron motor di saraf tunjang dan otak yang akhirnya menyebabkan otot lumpuh.
Eksperimen dilakukan ke atas tikus makmal berjaya menunjukkan kesan positif. Penyelidik kini berharap ujian klinikal ke atas manusia akan dapat dilakukan seawal 2024. Kerana ujian hanya berjaya dilakukan ke atas tikus sahaja pada waktu ini, rawatan yang benar-benar mujarab mungkin hanya akan tiba dalam masa beberapa tahun sahaja yang lagi. Di Malaysia 1 kes ALS dilaporkan bagi setiap 200,000 penduduk menurut data dari tahun 2019.
Sumber Kyodonews
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment