Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alienware Concept Nyx Ialah Konsep Pelayan Awan Untuk Rumah Gamer Tegar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alienware Concept Nyx Ialah Konsep Pelayan Awan Untuk Rumah Gamer Tegar


PC gaming sebelum ini boleh dilihat sebagai sebuah konsep dimana seseorang perlu memiliki sebuah komputer desktop ataupun komputer riba yang berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan komputer kegemaran mereka pada tetapan yang tinggi.

Walaupun begitu, dengan kemajuan teknologi, pengalaman gaming kini bukan sahaja boleh dinikmati didalam bilik tidur, tetapi di ruang tamu dengan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman gaming awan seperti GeForce now dan juga Google Stadia.

Akan tetapi, perkhidmatan-perkhidmatan seperti ini tidak hadir di semua lokasi, dan Alienware kini dilihat mahu memudahkan pengalaman gaming “dari mana-mana” ini bagi mereka yang mampu dengan memperkenalkan pelayan awan gamer yang dinamakan Alienware Concept Nyx.

Secara ringkasnya, Alienware Concept Nyx ialah sebuah mesin pelayan awan yang membenarkan gamer untuk menstrim sehingga empat permainan komputer secara serentak ke mana-mana peranti dalam lingkungan rangkaian WiFi yang sama.

Sewaktu sesi ujian di jerayawara Dell, Alienware menunjukkan kemampuan mesin pelayan ini untuk membolehkan pengguna beralih dari komputer desktop ke televisyen pintar, ke tablet semuanya sewaktu bermain permainan yang sama, secara lancar dan tanpa masalah. Kemudiannya, seorang lagi pemain permainan memasang sebuah lagi permainan, dan ia dilihat bahawa kedua-dua permainan ini boleh dimainkan secara skrin belah secara serentak.

Jurucakap Alienware mengatakan mesin pelayan ini boleh menggerakkan empat permainan komputer secara sekaligus, tetapi tidak mengatakan apa-apa mengenai tetapan, resolusi dan kadar segar semula permainan-permainan ini.

Spesifikasi Alienware Concept Nyx ini juga tidak diketahui buat masa ini, malah, mereka juga tidak memberi sebarang maklumat tentang aplikasi yang digunakan untuk menggerakkan permainan-permainan komputer ini. Rekaan yang diperlihatkan di acara CES 2022 juga tidak disahkan lagi akan menjadi rekaan muktamad yang akan digunakan untuk produk ini, sekiranya ia akan dilancarkan secara rasmi.

Sumber: Tom’s Hardware



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.