Ericsson Memfailkan Saman Paten Terhadap Apple Disebabkan 5G
Ericsson kini telah memfailkan saman terhadap Apple, mengatakan gergasi teknologi dari Amerika Syarikat berkenaan melanggar hak cipta dan inovasi Ericsson.
Ericsson memfailkan saman ke atas Apple kerana produk Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch menggunakan ciptaan Ericsson yang merupakan sebahagian daripada perkara utama dalam piawaian industri untuk telekomunikasi, termasuk 5G.
Ericsson dan Apple sebelum ini telah memeterai perjanjian untuk pelesenan. Namun, sejak perjanjian tersebut telah luput, Ericsson mengatakan mereka gagal capai kata sepakat untuk skop pelesenan baharu, dan Apple kekal menggunakan teknologi Ericsson tanpa lesen.
Sebelum ini, Apple menyatakan Ericsson meminta caj yang tinggi mencapai $5 setiap peranti terjual – yang mana agak tinggi di industri. Apple meminta sebuah nilai global ditetapkan oleh mahkamah supaya dapat menyelesaikan masalah pelesenan ini yang adil untuk semua pihak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment