Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Dijangka Memperkenalkan Set Kepala AR Menjelang 2024 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Dijangka Memperkenalkan Set Kepala AR Menjelang 2024


Google dengan arena realiti-maya atau realiti gabungan bukan sesuatu yang asing. Mereka sedia hadir dengan Google Glass beberapa tahun lepas, iaitu kaca mata pintar dengan sokongan realiti-terimbuh, selain turut pernah menawarkan Google Cardboard untuk realiti-maya.

Kebelakangan ini, kedua-dua arena berkenaan lebih hangat diperkatakan oleh pihak Meta dan Apple. Namun. Google tidak hilang begitu sahaja. Terbaru, ia dilaporkan Google sedang membangunkan set kepala realitii-gabungan mereka tersendiri, dinamakan Project Iris.

Google Cardboard

Project Iris ini dijangka diperkenalkan menjelang 2024 kelak, daan menyertakan pemprosesan khusus yang dibangunkan Google, termasuk menjalankan sistem Android.

Google turut dijangka menyertakan sokongan awanan dalam mengurangkan kebergantungan pada cip di peranti semata-mata.

Google sendiri sedia mengambil-alih North sebelum ini dalam arena kaca mata pintar, dan mungkin menggunakan kelebihan pasukan berkenaan, dan mengintegrasikan ia bersama sejumlah teknologi yang sedia dibangunkan, termasuk seperti Project Starline.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.