Selepas Dikritik Spotify Akan Memaparkan Amaran Kandungan Pada Podsiar Yang Membincangkan Topik Covid
Spotify menjadi topik perbincangan hangat di media sosial minggu lalu apabila Neil Young dan Joni Mitchell menarik karya mereka dari platform penstriman tersebut sebagai tanda protes kandungan anti vaksin disebarkan menerusi podsiar Joe Rogan. Akibatnya nilai saham syarikat menjunam $2 bilion dan ramai pelanggan membatalkan langganan mereka.
Pagi ini CEO Spotify Daniel Ek akhirnya menerangkan polisi syarikat mengenai kandungan yang diharamkan dalam podsiar yang ditawarkan pada platform mereka. Buat pertama kalinya peraturan mengenai kandungan yang tidak dibenarkan diterbitkan oleh Spotify kepada umum. Sebagai contoh kandungan yang menafikan kewujudan penyakit seperti kanser, AIDS dan Covid-19 adalah dilarang, Menafikan keberkesanan vaksin yang sudahpun disahkan turut dilarang sama sekali.
Ek turut berkata Spotify akan memaparkan amaran mengenai kandungan podsiar yang menyentuh topik mengenai Covid-19 dengan pautan ke hab maklumat khusus yang mengandungi maklumat terkini dari saintis, pengamal perubatan, ahli akademik dan pihak berkuasa kesihatan. Ciri ini akan dapat menentang penyebaran maklumat tidak tepat akan ditawarkan kepada pengguna global dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Namun begitu Spotify masih tidak akan membuangkan episod podsiar yang tidak melanggar garis panduan yang diterbitkan dan ini termasuklah yang diterbitkan oleh Joe Rogan. Ini menurut Ek adalah bagi menjadikan Spotify platform perdebatan pelbagai topik dengan bebas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment