Twitter Menguji Ciri Flock Dengan Ciapan Yang Hanya Boleh Dilihat Pengikut Rapat Sahaja
Di Twitter saya mempunyai lebih 87,000 pengikut dan akibatnya jenaka yang sering diucapkan dengan teman-teman rapat menimbulkan kemarahan sesetengah pihak yang baru mengenali saya sejak beberapa minggu yang lalu. Ini ialah isu utama di Twitter dimana ciapan jenaka dianggap sebagai kenyataan serius. Bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama dengan saya, ia mungkin dapat diselesaikan dengan ciri Flock.
Ciri Flock yang masih di fasa pembangunan ini ditemukan oleh Alessandro Paluzzi menerusi ciapan beliau. Dari tangkapan layar, Flock kelak membolehkan pengguna mengkategorikan sehingga 150 pengikut sebagai teman-teman rapat. Apabila menulis ciapan, pengguna Twitter kemudian diberikan pilihan untuk hanya membenarkan insan dalam senarai Flock melihat ciapan yang dihantar. Sebelum ini pembangun di Twitter mengacah ciri yang sama dengan nama Trusted Friends.
Selain itu hanya mereka yang berada di dalam senarai Flock boleh membalas ciapan yang dihantar. Insan di dalam senarai tidak akan diberikan notifikasi mereka dimasukkan atau dikeluarkan dari senarai. Cuma di bawah ciapan Flock mereka akan dapat melihat notifikasi mengapa mereka boleh membaca mesej yang dihantar.
Apa yang dilakukan oleh Twitter ini sama seperti ciri Close Friends di Instagram yang menghadkan siapa boleh melihat Stories terkini di platform tersebut. Twitter belum mengumumkan bila Flock akan diaktifkan dan sama ada ia akan menjadi ciri eksklusif Twitter Blue sahaja di masa akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment