Apple Masih Mengambil 27% Potongan Pembayaran Aplikasi Luar App Store Di Belanda
Sebelum ini Apple diarahkan memberikan pilihan kepada pembangun untuk menawarkan langganan di luar ekosistem App Store di Belanda. Apple akur dengan arahan ini tetapi berkeras akan terus mengambil potongan dari pembangun menerusi sistem pembayaran dalam aplikasi (IAP) alternatif yang digunakan.
Kini mereka mengesahkan potongan sebanyak 27% akan masih diambil walaupun tidak lagi menggunakan sistem App Store. Ini adalah potongan yang masih tinggi kerana sistem AIP App Store mengambil potongan sehingga 30%.
Tindakan Apple ini pastinya mengundang kemarahan pihak berkuasa Belanda yang memberikan arahan pembayaran alternatif untuk memintas sebarang bentuk potongan oleh Apple. Sebelum ini mereka didenda €5 juta (~RM24 juta) kerana masih tidak mematuhi arahan yang diberikan dan akan meningkat ke €50 juta jika terus berdegil.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment