Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Melabur Pada Syarikat Telekomunikasi India Dalam Memperkembangkan Ekonomi Digital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Melabur Pada Syarikat Telekomunikasi India Dalam Memperkembangkan Ekonomi Digital


Google kini melabur pada syarikat telekomunikasi India, iaitu Bharti Airtel – atau lebih terkenal dengan nama Airtel. Google melabur sebanyak $1 bilion pada syarikat telekomunikasi berkenaan.

Pelaburan ini adalah dalam betuk $700 juta untuk 1.28% pegangan, dan baki $300 juta untuk perjanjian kerjasama komersil untuk beberapa tahun.

Kerjasama ini akan membolehkan akses telefon pintar mampu-milik di India, selain turut membolehkan pembangunan berkaitan 5G dan beberapa perkara lain yang spesifik di India.

Google dijangka akan mempelbagaikan penawaran telefon pintar berasaskan Android melalui kerjasama ini kepada pelanggan Airtel. Pada masa yang sama, ia juga akan dipelbagaikan dengan kerjasama melibatkan ekosistem awanan, selain membantu peniaga kecil dan sederhana.

Airtel pada hari ini mempunyai lebih 480 juta pelanggan, selain turut merupakan penyedia sistem komunikasi berintegrasi terbesar di India.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.