Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meta Gugur Daripada Senarai 10 Syarikat Teratas Dunia – Kini Dibelakang Tencent - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meta Gugur Daripada Senarai 10 Syarikat Teratas Dunia – Kini Dibelakang Tencent


Meta, syarikat induk disebalik Facebook, Instagram, WhatsApp dan Oculus, kini dilihat telah kehilangan nilai syarikat lebih RM2 trilion sejak bulan September 2021 lepas, dan turut telah jatuh daripada senarai 10 syarikat teratas dunia.

Meta sebelum ini telah mencapai syarikat ke-6 terbesar di dunia, dengan nilai syarikat melangkaui RM4.19 trilion. Namun, ia memperlihatkan kejatuhan akhir-akhir ini, terutamanya lanjutan daripada penyata kewangan terakhir yang memperlihatkan Facebook kehilangan 1 juta pengguna aktif harian.

Kini Facebook gugur 5 anak tangga, dan menduduki tangga ke-11 daripada senarai syarikat bernilai tinggi di dunia. Tesla kini menduduki tangga ke-6, selain Meta kini turut didahului oleh NVIDIA, TSMC dan juga Tencent.

Dengan perubahan ini, semestinya Mark Zuckerberg dan pasukan Meta sendiri mempunyai pelbagai perkara perlu dibuktikan menjelang suku tahunan akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.