Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia G21 Kini Rasmi Dengan Skrin 90Hz, Unisoc T606 Dan Kamera 50MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia G21 Kini Rasmi Dengan Skrin 90Hz, Unisoc T606 Dan Kamera 50MP


Rangkaian peranti pintar Nokia dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Nokia G21 telah diumumkan dengan tiga aspek utama yang menjadi tumpuan – seperti skrin 90Hz, kamera 50-Megapixel dan bateri yang menjanjikan penggunaan sehingga tiga hari lamanya.

Untuk spesifikasi khusus, Nokia G21 dilengkapi skrin 6.5-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan janaan cip Unisoc T606 bersama memori mencapai 6GB GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5,050mAh yang menyokong pengecasan 18W. Namun begitu, Nokia hanya menyediakan kepala pengecas dengan kuasa output 10W di dalam kotak.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Dalam pada itu, terdapat juga mod malam terbina yang boleh digunakan untuk tangkapan pada pencahayaan rendah lebih baik. Tidak ketinggalan, peranti pintar ini juga menjalankan sistem operasi Android 11.

Harga jualan Nokia G21 adalah €170 (~RM808) dan tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Nordic Blue serta Dusk. Buat masa ini, belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediaannya untuk pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Gsmarena



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.