OnePlus 10 Pro Extreme Edition Dilancarkan Dengan Warna Putih Panel Seramik Dan Memori 512GB
OnePlus 10 Pro adalah peranti mercu paling premium daripada OnePlus. Peranti ini sudah pun dilancarkan di China dan sedang menanti pelancaran di peringkat global pada hujung Februari ke awal Mac nanti. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, menggunakan tri-kamera 48+8+50 Megapixel dengan teknologi Hasselblad, serta menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 80W.
Semasa dilancarkan, OnePlus hanya menawarkan warna hitam Volcanic Black dan hijau Emerald Forest. Baru-baru ini OnePlus China telah hadir dengan versi warna putih pula Panda White dengan bonggol kamera berwarna hitam. Peranti ini digelar sebagai OnePlus 10 Pro Extreme Edition.
Hadir dengan spesifikasi yang sama, masih menjalankan ColorOS, tetapi memorinya adalah 12GB RAM dan 512GB storan dalaman. Panel belakang diperbuat daripada seramik, kali kedua bahan binaan ini digunakan selepas kali terakhir diperlihatkan pada OnePlus X. Warna Panda White ini juga jelas mengambil inspirasi daripada Pixel 2 XL yang menjadikan trend dua tona warna berbeza ini popular.
Seperti sebelum ini, OnePlus 10 Pro Extreme Edition ini juga terhad di China sahaja. Tidak pasti jika model ini akan dijual di peringkat global, atau ini adalah versi Ultra yang dikhabarkan sebelum ini. Harga jualan adalah RMB 5,799 iaitu sekitar RM3,831.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment