Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saintis Menghasilkan Organ Universal Yang Boleh Didermakan Tanpa Mengira Jenis Darah Penerima - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saintis Menghasilkan Organ Universal Yang Boleh Didermakan Tanpa Mengira Jenis Darah Penerima


Terdapat dua faktor yang menyukarkan proses mendapatkan organ bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Pertama ialah saiz dan kedua ia jenis darah penderma perlu serasi dengan penerima. Faktor kedua ini adalah perlu kerana jika jenis darah tidak sama, organ agak ditolak sejurus selepas dipindahkan.

Kredt : UHN

Saintis dari Latner Thoracic Surgery Research Laboratories dan UHN Ajmera Transplant Centre yang terletak di Kanada mengumumkan mereka berjaya menghasilkan organ universal yang boleh didermakan kepada semua penerima.

Paru-paru dari individu dengan darah A dirawat dengan enzim FpGalNAc deacetylase dan FpGalactosaminidase. Kedua-dua enzim ini telah digunakan untuk mengubah darah jenis A ke jenis O sebelum ini. Selepas dirawat selama beberapa jam di dalam sebuah kebuk khas, 97% antigen A berjaya dikeluarkan dari paru-paru tersebut.

Kredit : UHN

Kemudian saintis mengepam darah jenis O ke paru-paru dan mendapati ia tidak menunjukkan sebarang penanda penolakan. Dalam ujian kawalan tanpa rawatan enzim, organ menunjukkan tanda penolakan seperti biasa.

Kejayaan ini masih di peringkat awal kerana dilakukan dalam kebuk yang digunakan sebagai ganti tubuh pesakit sebenar. Langkah seterusnya ialah melakukan ujian klinikal dalam masa 12-18 bulan. Saintis yang menjalankan kajian berkata mereka yakin impian menghasilkan organ universal yang bukan hanya terhad kepada paru-paru mampu dicapai dalam masa terdekat.

Ini adalah satu lagi usaha yang dapat menyelesaikan isu kekurangan organ penderma yang mengakibatkan ramai pesakit meninggal dunia sebelum organ sesuai ditemukan. Alternatif lain yang telah berjaya ialah menggunakan organ khinzir sebagai ganti tetapi teknik ini pastinya tidak boleh diterima di negara seperti Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.