Samsung Akan Memberikan Kemaskini 4 Versi Android Dan Tampalan Sekuriti 5 Tahun
Pada tahun 2020 Samsung mengumumkan peranti mercu mereka akan diberikan sokongan tiga versi Android dan empat tahun tampalan sekuriti. Ini kemudiannya dikembangkan kepada peranti kelas pertengahan mereka yang tidak dapat ditandingi pengeluar lain. Pagi ini sebaran media untuk pelancaran Samsung Galaxy S22 telah tertiris awal dan mengesahkan sokongan kemas kini versi Android dan tampalan sekuriti akan dipertingkat lagi menurut maklumat yang ditiriskan oleh @evleaks.
Semua peranti dalam siri Galaxy S22, S21, Z Flip3, Z Fold3 dan Tab S8 akan diberikan kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti pula selama lima tahun. Ini menjadikan Samsung satu-satunya pengeluar peranti Android yang menawarkan sokongan selama ini sehingga melangkaui sokongan Google untuk peranti Pixel mereka.
Pada waktu ini sokongan sehingga setengah dekad ini hanya diberikan kepada peranti mercu keluaran mereka sahaja. Dengan ini sekurang-kurangnya Samsung semakin hampir kepada sokongan sehingga lima versi sistem operasi yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment