Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sea Kehilangan Nilai Pasaran Sebanyak RM67 Bilion Selepas Free Fire Diharamkan Di India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sea Kehilangan Nilai Pasaran Sebanyak RM67 Bilion Selepas Free Fire Diharamkan Di India


Sea Ltd dilihat kehilangan nilai pasaaran sekitar $16 bilion (RM66.98 bilion), selepas permainan tembak-menembak mudah-alih, Garena Free Fire diharamkan di India.

India sedia mengharamkan sejumlah aplikasi yang mempunyai kaitan dengan China sebelum ini, termasuk PUBG Mobile dan Arena of Valor. Namun, untuk pihak Sea, disebabkan ia syarikat yang disenaraikan awam, pengharaman ini sekaligus memberikan impak terhadap nilai syarikat.

Sebelum ini, Free Fire merupakan permainan mudah-alih paling popular di India pada suku ketiga 2021 lepas. Pengharaman ini, turut dijangka memberikan kesan dalam pihak Sea memperluaskan empayar permainan mereka ke India.

Disebabkan oleh pengharaman ini juga, ia dijangka akan memberikan kesan kepada operasi Shopee di India. Buat masa ini, Sea mempunyai sekitar 300 pekerja, dan meliputi 20,000 penjual melalui Shopee di India.

Masa depan Shopee di India kini menjadi tanda tanya, memandangkan sebarang usaha membesarkan operasi mungkin membawa kepada kesan risiko tinggi ia turut diharamkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.