Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sisa Angkasa Akan Melanggar Bulan Pada 4 Mac – Masih Tidak Diketahui Pemiliknya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sisa Angkasa Akan Melanggar Bulan Pada 4 Mac – Masih Tidak Diketahui Pemiliknya


Mengikut anggaran dan pergerakkan di angkasa, kini ia dilihat sebuah objek sisa angkasa dijangka akan menghentam atau melanggar bulan pada 4 Mac 2022 kelak.

Jangkaan ini berjaya dilakukan melalui penggunaan perisian yang mengesan gerakkan objek terapung di angkasa. Namun, kini menjadi masalah adalah apabila tidak diketahui pemilikkan objek yang akan melanggar bulan berkenaan.

Pada awalnya, ia dikenal-pasti sebagai roket Falcon 9 milik SpaceX – namun pemantauan lanjutan mengatakan ia bukan milik SpaceX, dan dikatakan milik China daripada misi mereka ke bulan pada tahun 2014 yang lepas.

Namun, kini pihak China turut mengatakan objek berkenaan bukan milik mereka. China mengatakan objek yang dikatakan milik mereka itu telah pun sebelum ini memasuki ruang angkasa bumi, dan terbakar sepenuhnya ketika memasuki atmosfera bumi.

Dengan komen pihak China ini, ia sekaligus menjadikan ramai masih tertanya-tanya apakah objek yang akan melanggar bulan pada 4 Mac 2022 ini.

Pada masa yang sama, perkara ini turut membawa kepada persoalan seterusnya berkenaan pelbagai objek atau sisa angkasa yang akan berterbangan dan mungkin melanggar atau menghentam bulan serta planet lain dalam tahun-tahun akan datang, yang sukar untuk dikenal-pasti pemiliknya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.