Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suara Mendiang Andy Warhol Dihasilkan Semula Dengan Kecerdasan Buatan Sebagai Narator Dokumentari Netflix - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suara Mendiang Andy Warhol Dihasilkan Semula Dengan Kecerdasan Buatan Sebagai Narator Dokumentari Netflix


Andy Warhol adalah artis yang berpengaruh di kurun ke-20 kerana mempopularkan penggunaan multi media bagi menghasilkan karya seni. Netflix telah menghasilkan sebuah dokumentari berasaskan diari yang ditulis oleh beliau sebelum meninggal dunia pada tahun 1987. Bagi menjadikan dokumentari ini lebih menarik, suara Warhol telah dihasilkan semula menggunakan kecerdasan buatan bagi melakukan tugas narator.

Bagi mengelakkan kontroversi, suara beliau dihasilkan semula dengan izin Andy Warhol Foundation. Dokumentari The Andy Warhol Diaries yang akan ditayangkan pada Mac ini akan cuba menceritakan kehidupan Warhol berasaskan biografi beliau. Penggunaan suara yang direka semula untuk insan yang telah meninggal dunia menjadi isu besar tahun lalu untuk dokumentari Anthony Bourdain.

Kemudian suara Mark Hamill yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan turut digunakan dalam siri The Book of Boba Fett tanpa penglibatan beliau yang masih hidup. Persoalan moral perlu dijawab kerana impak penghasilan semula suara adalah menakutkan jika digunakan untuk tujuan penipuan atau fitnah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.