Twitter Menguji Kemampuan Memainkan Video Pada Kadar Yang Lebih Laju Untuk Pengguna Android
Sejak ke belakangan ini, video yang ditonton pada kadar yang lebih laju dilihat mula menjadi trend. Ciri sedia ada pada banyak platform penstriman video termasuk YouTube dan Netflix.
Terbaru, Twitter juga dilihat mula menawarkan sokongan ini untuk pengguna Android dan web. Tetapi tidak terhada pada video sahaja, ciapan audio juga boleh dilajukan.
Pengguna dilihat akan ditawarkan beberapa pilihan kelajuan daripada kadar perlahan 0.25x, 0.5x, 0.75, biasa 1.0x, lebih laju pada 1.25x, 1.75x dan juga 2.0x. Ujian ini dilihat berlaku pada bahagian pelayan, kerana aplikasi versi alpha yang saya gunakan juga masih belum dapat mengujinya.
Twitter mungkin akan mengedarkan kemaskini ini dalam bentuk stabil dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment