7 Bilion Mesej Suara Dihantar Setiap Hari Melalui WhatsApp
WhatsApp hari ini mengumumkan sebanyak 7 bilion mesej suara yang dihantar melalui perkhidmatan permesejan mereka setiap hari. Ini sekaligus turut memperlihatkan peningkatan kaedah komunikasi berasaskan suara melalui WhatsApp – dan bukan hanya teks semata sebelum ini.
Selari dengan perkongsian angka statistik terbaru ini, WhatsApp turut berkongsi berkenaan sejumlah ciri baharu yang kini ditawarkan memfokuskan kepada permesejan suara.
Antaranya adalah kebolehan mendengar mesej walaupun keluar daripada tetingkap permesejan berkenaan, kemudahan melihat mesej suara dalam visual gelombang, mendengar dahulu mesej sebelum menghantar, selain mempercepatkan memainkan sesuatu mesej suara yang diterima.
WhatsApp turut mengatakan kini mesej suara telah menjadi salah satu bentuk dalam memudahkan sesuatu perkara diekspresi dengan pantas – termasuk menyertakan emosi bersama dengannya.
Bagi anda sendiri, adakah anda kerap menggunakan permesejan suara di WhatsApp?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment