Hi! Welcome Back and Stay Tune! Android 12 Dikemaskini Dengan Sokongan Kapsyen Panggilan Telefon Dan Live Caption Multi Bahasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Android 12 Dikemaskini Dengan Sokongan Kapsyen Panggilan Telefon Dan Live Caption Multi Bahasa


Android 12 telah dikemaskini awal pagi tadi dengan pelbagai ciri baharu diperkenalkan pada peranti Google Pixel. Ciri yang agak menarik yang adalah sokongan kapsyen secara masa nyata semasa melakukan panggilan telefon yang berguna sekiranya pengguna tidak boleh bercakap ketika panggilan diterima.

Sekiranya kedua-dua pengguna memiliki peranti Pixel, kapsyen boleh dipilih. Penerima panggilan boleh menaip dan pemanggil akan mendengar apa yang ditaip dalam bentuk suara pembantu maya. Pada waktu ini hanya panggilan dan teks dalam Bahasa Inggeris sahaja disokong oleh ciri ini.

Seterusnya ialah Live Caption yang selama ini menyokong Bahasa Inggeris sahaja menambah sokongan Bahasa Sepanyol, Itali dan Perancis. Ketika menonton video dalam dua bahasa di atas, tekan ikon Live Caption untuk mendapat sari kata ke bahasa yang dipilih pengguna.

Sokongan widget At a Glance yang lebih baik juga diperkenalkan untuk pelbagai ciri seperti tahap bateri peranti dan aksesori. Pada peranti Pixel 3a dan ke atas, ciri Direct My Calls and Wait TImes kini boleh digunakan.

Aplikasi Recorder pula boleh melakukan transkripsi Bahasa Itali dan Sepanyol pada siri Pixel 6. Ini adalah sebahagian dari ciri-ciri baharu di bawah Pixel Feature Drop yang akan diterima Pixel 3a hingga Pixel 5 hari ini dengan siri Pixel 6 akan menerimanya pada penghujung Mac.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.