Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Masih Sedang Bangunkan Teknologi Komunikasi Melalui Satelit Pada iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Masih Sedang Bangunkan Teknologi Komunikasi Melalui Satelit Pada iPhone


Ketika sebelum pengenalan iPhone 13 tempoh hari, kita sedia mendengar berkenaan desas-desus mengatakan Apple ingin menambah sokongan teknologi komunikasi melalui satelit pada iPhone.

Terbaru, melalui laporan terbaru 9to5Mac, ia dikatakan Apple masih sedang membangunkan ciri berkenaan. Melalui ujian prototaip baharu, ia membolehkan penghantaran mesej melalui satelit.

Ia tidak diketahui lagi sama ada teknologi berkenaan akan diperkenalkan pada tahun ini atau sebaliknya.

Melalui teknologi tersebut, ia dijangka akan membantu untuk komunikasi kecemasan – terutamanya di kawasan tanpa liputan rangkaian telekomunikasi.

Desas-desus sebelum ini turut mengatakan ia akan membantu Apple dalam beroperasi tanpa kebergantungan kepada syarikat telekomunikasi pada suatu masa kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan teknologi yang sedang dibangunkan oleh Apple ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.