Ciri DirectStorage Xbox Series X Yang Mempercepatkan Permainan Video Kini Disokong Pada Windows
Xbox Series X ialah konsol generasi semasa mercu dari Microsoft yang mempunyai ciri memuatkan permainan video dengan pantas yang diberi nama DirectStorage. Ciri ini akhirnya ditawarkan pada komputer Windows hari ini menerusi API yang baru sahaja dilancarkan untuk digunakan oleh pembangun. Ia pada asalnya diumumkan pada tahun 2020.
Menurut Microsoft, DirectStorage menggunakan kesemuanya kemampuan storan SSD NVMe yang pantas bagi mengurangkan masa memuatkan permainan video. Waktu menanti yang lama dapat dipendekkan dengan drastik. Pada waktu ini DirectStorage berfungsi lebih pantas pada komputer degan Windows 11 berbanding Windows 10 kerana cara data disimpan pada sistem operasi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment