Google Keluarkan Kemaskini Kecemasan Untuk Chrome – Atasi Kerentanan Serius
Google kini telah mengeluarkan amaran dan kemaskini sekuriti untuk para pengguna pelayar web Chrome di Windows, Mac dan Linux – mengatasi salah satu kerentanan yang digunakan untuk serangan siber.
Google mengatakan serangan menggunakan kerentanan berkenaan telah mula digunakan para pengodam. Namun, maklumat penuh berkaitan dengannya tidak diterbitkan buat masa ini. Kerentanan ini dikaitkan dengan enjin Chrome V8 JavaScript.
Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh ke menu > Help > About Google Chrome, dan memulakan kemaskini hari ini ke versi Chrome 99.0.4844.84.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment