Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ookla Iktiraf Celcom Sebagai Penyedia Rangkaian Mudah-Alih Terbaik Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ookla Iktiraf Celcom Sebagai Penyedia Rangkaian Mudah-Alih Terbaik Di Malaysia


Ookla, salah satu firma yang melakukan analisa berkaitan kelajuan rangkaian mudah-alih dan kualitinya, kini telah mengiktiraf Celcom sebagai penyedia rangkaian mudah-alih terbaik di Malaysia, berdasarkan laporan untuk tempoh 2021 lepas.

Bagi yang tidak mengenali akan Ookla, mereka merupakan penyedia disebalik ujian kelajuan rangkaian Speedtest, selain turut menyediakan beberapa penyelesaian yang lain.

Mengikut skor Ookla, Celcom mencatatkan skor lebih 93.2% untuk rangkaian 4G, selain 99.7% untuk liputan umum di seluruh Malaysia. Celcom merekodkan kiraan imbasan tertinggi iaitu lebih daripada 142 juta imbasan dan meliputi 356,606 lokasi di seluruh negara. 

Celcom mengatakan mereka akan terus melabur dalam modenkan rangkaian untuk memenuhi pertumbuhan trafik data yang pesat.

Celcom turut mengatakan yang mana mengikut tinjauan pihak Ipsos pada Januari 2022, Celcom turut dipilih sebagai syarikat telekomunikasi yang paling dipercayai di Malaysia. Tinjauan berkenaan dilakukan melibatkan 3000 temu bual sepanjang 2021 lepas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.