Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy M23 Dan Galaxy M33 Hadir Dengan Kamera Utama 50MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy M23 Dan Galaxy M33 Hadir Dengan Kamera Utama 50MP


Selain daripada Samsung Galaxy A13 dan Galaxy A23, terdapat dua lagi peranti baharu keluaran Samsung yang turut tersenarai di laman web rasmi. Peranti yang dimaksudkan adalah Samsung Galaxy M23 dan Galaxy M33. Kedua-duanya hadir dengan rekaan fizikal dan spesifikasi yang berbeza, tetapi lengkap dengan kamera utama bersama sensor 50MP.

Samsung Galaxy M23 dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci TFT FHD+ (1080 X 2408) dengan kadar segar semula standard. Ia kemudiannya dipadanakan dengan cip lapan teras dengan kelajuan mencapai 2.2GHz, di samping memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembagkan menerusi slot microSD sehingga 1TB.

Kamera utama pula terdiri dengan 50MP (utama) + 8MO (Ultra-lebar) + 2MP (kedalaman), manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP. Turut melengkapinya, bateri sebesar 5000mAh, menjalankan OneUI 4.0 berasaskan Android 12 dan tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti Deep Green serta Light Blue.

Samsung Galaxy M33 turut dilengkapi saiz skrin yang sama iaitu 6.6-inci TFT FHD+ (1080 x 2408). Turut melengkapinya, cip pemprosesan lapan teras berkelajuan mencapai 2.4GHz, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah sebesar 6,000mAh dan sistem operasi menyokongnya adalah Android 12 berasaskan antaramuka OneUI 4.0.

Kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (Ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2 (Makro) dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan green, blue dan brown. Buat masa ini, kedua-dua peranti dilihat hanya tersenarai sahaja tanpa sebarang perkongsian lanjut mengenai harga jualan rasminya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.