Sistem Amaran Banjir Di Selangor Akan Tersedia Pada Penghujung Mac Ini – Dengan Notis Seawal 7 Hari
Negeri Selangor dijangka akan mengaktifkan sistem amaran awal untuk banjir, dengan notis seawal 7 hari, bermula seawal penghujung bulan Mac 2022 ini.
Melalui sistem amaran baharu ini ini, ia dapat meramal kawasan yang berpotensi banjir sehingga tujuh hari lebih awal, sekaligus memastikan pasukan lebih bersedia dalam menguruskannya, dan pada masa sama turut boleh memaklumkan rakyat dikawasan terkesan.
Selain daripada itu, kerajaan juga sedang melihat kepada pelaksanaan sistem automatik untuk pagar laluan air, supaya tidak perlu menghantar orang secara manual untuk menguruskannya.
Sebelum ini, pada penghujung 2021 lepas, Selangor merupakan antara negeri yang terjejas teruk dengan banjir – memberi kesan kepada lebih puluhan ribu penduduk.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment