Hi! Welcome Back and Stay Tune! Walaupun Telah Menutup Perniagaan Telefon – LG Masih Akan Menjana Pendapatan Melalui Patennya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Walaupun Telah Menutup Perniagaan Telefon – LG Masih Akan Menjana Pendapatan Melalui Patennya


LG pada tahun lepas telah mengumumkan mereka akan keluar daripada perniagaan telefon pintar – disebabkan terlalu tinggi persaingannya, dan LG sendiri yang kehilangan pegangan pasaran dari tahun ke tahun.

Sejak keluar, LG telah memfokuskan kepada beberapa arena lain, termasuk peralatan elektronik seperti televisyen, peti sejuk dan sebagainya, disamping pada penawaran komponen seperti panel skrin.

Disamping itu, LG juga kini dilihat sedang melihat untuk terus menjana pendapatan melalui kepakaran mereka di bidang telefon pintar dan peranti mudah-alih.

LG pada hari ini sedia mempunyai lebih 20,000 paten berkaitan teknologi mudah-alih – termasuk berkaitan 4G dan juga 5G. Untuk menguruskan paten berkenaan sendiri memakan kos – dan selari dengannya, LG kini sedang melihat untuk melesenkan paten mereka.

Untuk tujuan berkenaan, LG mungkin hadir dengan syarikat subsidiari khas yang memfokuskan kepada pelesenan. Ia dikatakan beberapa syarikat telah sedia hadir ingin membeli paten milik LG sejak tahun lepas, dan ini sekaligus turut memperlihatkan permintaan paten LG yang agak tinggi, termasuk daripada syarikat automotif.

Pelesenan paten oleh syarikat ini bukan sesuatu yang baru. Kita sedia melihat Nokia dan BlackBerry turut melakukan perkara sama melalui paten-paten milik mereka – sekaligus terus menjana pendapatan melaluinya



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.